Monday, 31 May 2010

Izinkan Bahagia Itu Milikku. ...samb...

Hari-hari dilalui dengan penuh keperitan. Cuba menggembirakan hati sendiri...Cuba membina cinta kembali. Walaupun ditempat kerja mungkin studet dan kawan-kawan nampak aku happy, namun jauh disudut hati ini perbagai yang perlu diri ini tempuhi....

Sebagai ibu aku tidak mahu kalah dan dilihat lemah dihadapan anak-anak. Balik kerja petang, suami sering marah-marah. Mungkin banyak masalah yang difikirkannya. Tiba-tiba si kecil perempuan aku buat perangai. Dania jadi tempat dihamburkan kemarahan oleh suamiku. " Ha! hisap jari tu lagi!..Bukan papa dah banyak kali bagitahu jangan hisap jari, jangan hisap jari!" Jerkah Khalid cukup kuat. Terkejut anak-anak yang lain. Begitu juga baby kecil ku Arif yang sedang nyenyak tidur dalam buaian. Dania menangis. Tak tahulah menangis terkejut atau takut. Tidak cukup dengan herdikan, Khalid mencapai pisau yang ada berhampirannya di dapur dan mendekati Dania. 

" Asyik tak ingat ajer. Papa dah kata jangan hisap jari lagi. Nak tidur ajer boleh hisap jari tu!. Biar papa potong jari tu". Gertak Khalid. Dania lebih kuat menangis dan memekekkan telinga. Anak-anak yang lain juga menagis kerana takut jika papa mereka betul-betul memotong jari Dania. Asyraf anak nombor dua Hajar menjerit " Papa! jangan potong jari adik, maafkan adik papa". Rayu Asyraf dengan nada yang kuat bagi melawan bunyi tangisan Dania. " Yer papa, kesian ke Dania". Rayu Dahlia pula selaku kakak sulong. Hajar memerhatikan sahaja apa yang berlaku. Dia tidak mampu lagi menahan kemarahan suaminya. Tapi jauh dihati Hajar berdoa agar Allah menolong anak-anaknya dan kemarahan Khalid tidak melampau.

"Ya Allah, campakkanlah iman ke dalam hati suamiku agar dia tidak melakukan sesuatu yang diluar kewarasan dan melanggar hukum agamaMu". Doa Hajar perlahan. Air mata tiba-tiba menitis secara senyap di pipi Hajar. Kasihan sangat melihat nasib anak-anak yang menjadi mangsa setiap kali kemarahan Khalid memuncak. Ada sahaja yang tidak kena di mata Khalid.

" Papa, maafkan Dania...Dania janji tak buat lagi". Rayu Dania dalam tangisan yang amat sangat. hajar memandang dari jauh sambil memeluk Arif, bimbang Arif terbangun. Nanti semua akan menangis. Lebih gegak gempita rumah ni. Bimbang juga didengari oleh jiran-jiran.

Akhirnya, Khalid meninggalkan anak-anak dan mesuk ke dalam bilik sambil menghempas pintu. Hajar dan anak-anak diruang tamu terkejut. Arif menangis. " Diam nak...tidur. Mama ada" pujuk Hajar.

Malam ini, segalanya sunyi. Khalid banyak termenung. Sebagai isteri Hajar mendekati Khalid dengan perlahan. " Abang, bertenang abang. Apa masalahnya?". tanya Hajar antara dengar dan tidak. 

" Tak perlu sibuk-sibuk. Biarkan abang tanggung sendiri. Semua salah abang. Abang ni jahat, orang lain semua baik". Kata Khalid. "Hmm..ni mesti rasa tak puas hati dengan adik beradik dan kawan-kawan yang telah tidak mahu menolongnya". Keluh Hajar dalam hati sendirian. 

" Biarlah orang lain abang. Apa yang penting abang perlu bangun kembali dan buktikan pada semua orang. Hajarkan ada. Anank-anak juga menunggu kegemilangan dan kejayaan papa mereka. Abang kena kuat yer." Pujuk Hajar.

" Tak ada apa lagi yang abang nak buktikan. Abang dah bosan hidup. Biarlah abang mati".Kata Khalid.

" Abang, jika Hajar sebagai isteri boleh telan segala kepayahan ini dan masih boleh bersabar. Kenapa abang tidak boleh?."Kata Hajar cuba menguatkan semangat suaminya. walaupun dalam hati cukup terluka  dan dengan sikap suami yang tidak bersungguh-sungguh mencari nafkah, tapi sebagai isteri di waktu suami kehilangan semangat, dia perlu menguatkan kembali semangat tersebut. Sungguhpun kadang kala Hajar merasakan tiada erti keberadaan Khalid dalam hidup mereka sekeluarga. Namun jauh disudut hati hajar yakin berkat kesabarannya akan ada sinaran yang akan muncul dan memberi cahaya kembali dalam hidup mereka.

" Ah....sudahlah. Awak tu sama ajer. Bila timbul masalah awak salahkan saya juga". Tempelak Khalid.

"Abang, Hajar salahkan abang bila betul abang melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang. Tidak ada orang yang nak masuk lubang yang sama berkali-kali. Hajar cuma nak abang sedar dan berubah. Empat belas tahun abang kita hidup begini, Hajar cukup bersabar dengan abang. Sudahlah, kuatkan semangat abang tu". Nasihat Hajar.

" Biarlah abang mati". Ugut Khalid lalu keluar dari bilik. Khalid masuk semula ke bilik dengan membawa sebilah pisau di tangannya. 

"Abang nak buat apa ni?" Tanya Hajar dengan nada cemas.

" Biar abang mati. Adapun menyusahkan semua orang. Biar abang mati baru semua orang puas hati". Bentak Khalid.

Hajar cemas. Namun disembunyikan cemas tersebut kerana bimbang anak-anak terkejut lagi. Namun jauh di sudut hati Hajar tahu suaminya tidak akan bertindak bodoh. Khalid masuk ke bilik air dengan pisau yang masih di tangan.

" Abang, jangan bertindak diluar batas rasional. Nanti anak-anak terkejut. Kasihan anak-anak". Nasihat Hajar sambil membawa anak-anak keluar dari bilik ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Jika boleh Hajar tidak mahu anak-anak melihat apa yang berlaku antaranya dan suaminya. Bimbang mengganggu emosi anak-anak.

" Mama, Dahlia lapar". Pinta Dahlia anak sulongnya. 

"Ok, mama masakkan nasi goreng yer". Kata Hajar. Dia tahu dalam kedaan anak-anak sedang membesar sentiasa nak makan. Dia akan cuba sediakan apa sahaja yang ada asalkan perut anak-anak dapat dialas. Walaupun nasi goreng dengan telur dan kicap sahaja. 

Selesai menyediakan nasi untuk Dahlia, Hajar masuk semula ke bilik tidurnya. Kelihatan Khalid duduk di atas katil. 

" Alhamdulillah, dia tak buat tindakan bodoh tersebut". Bisik hati Hajar agak kelegaan melihat Khalid yang masih selamat. "Ingatkan nak bunuh diri tadi". Bisik hati Hajar lagi.

Melihat Hajar, Khalid bangun mengenakan pakaian dan terus keluar. Sebentar kemudian terdengar deruan kereta keluar dari porch. 

Pagi ini cuaca nampak baik. Hajar mengejutkan Khalid untuk somat subuh. Seperti biasa Hajar bersiap-siap untuk ke pejabat. Namun Khalid masih mencuka. Hajar buat endah tak endah sahaja kerana malas untuk melayani mood orang yang tidak baik. Bagi Hajar, hidup perlu optimis. 

Sampai di pejabat, Hajar menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Khalid. Seperti biasa izin suami wajib diperolehi agar pekerjaan berkat dan memenuhi tuntutan hukum syarak. 

"Mungkin ini pertemuan terakhir kita" Kata Khalid. 

"Jaga anak baik-baik. Jika ada rezeki dua tiga hari lagi kawan abang dapat bayaran projeknya, Hajar gunalah untuk bayar semua kereta dan rumah. Lebih tu buat insuran dan pelaburan anak-anak". Pesan Khalid.

"Apa yang abang merepek ni". Kata Hajar. 

"Fikirlah anak-anak sebelum melakukan sesuatu. Jika Hajar boleh bersabar setia bersama abang walaupun orang lain membuang abang, kenapa abang sendiri pula yang tidak kuat?". Tambah Hajar.

" Abang dah gila dah Hajar. Abang dah tak boleh fikir halal haram. Semua benda abang rasa nak lakukan sekarang. Dah tak ada guna abang hidup. Dah terlambat. Abang rasa nak terjun ajer bangunan tu". Tambah Khalid sambil menunjukkan bangunan lima tingkat di hadapan pejabat Hajar.
"Sudahlah abang, tak payah fikir sangat. Tak mampu kita nak fikirkan semua ujian ini. Anggaplah ini semua penghapus dosa kita". Nasihat Hajar.

" Hajar masuk pejabat dulu yer". Kata Hajar meninggalkan Khalid. Bimbang juga nak lepaskan Khalid, namun dia yakin Khalid tidak akan melakukan sesuatu yang pelik.