Monday, 19 April 2010

Izinkan Bahagia Itu Milikkku Bhg 1

Pagi ini suasana bilik pensyarah agak padat dengan mahasiswa mahasiswi yang menghantar tugasan masing-masing. Itulah rutin aku sebagai pensyarah di sini. Walaupun baru setahun aku di kolej universitii ini namun kesibukan melayan kerenah anak-anak didikku seolah-olah tidak membezakan aku  dengan pensyarah-pensyarah lama di sini. Penat memanglah penat. Melayani kerenah manusia memerlukan seribu satu kesabaran dan kebijaksanaan. Tapi aku rasa puas kerana dapat mendidik anak bangsaku menjadi orang berguna suatu hari nanti.

"Puan berapa markah tugasan saya ni?", lamunanku dikejutkan dengan suara yang biasa aku dengar. Hajar menoleh ke arah suara tersebut. "Oh Farah, saya ingat siapalah tadi". Hajar tersenyum memandang siswi tersebut yang termasuk dalam kalangan siswi yang rajin dan pintar. "Sabarlah sayang, baru hantar dah nak tahu markah. Boleh tunggu saya semak kejap". Balasku untuk menambat hatinya. Bimbang juga siswi ini komen nanti pensyarah sibuk sangat tak mesra pelanggan dan lain-lain lagi. Mahasiswa sekarang bukan macam mahasiswa zaman aku dulu. Zaman aku dulu tak berani nak mengomel-ngomel depan pensyarah, sekarang bukan sahaja depan pensyarahdalam facebook pun dah berani mereka menceritakan hal-hal pensyarah.Sakit mata dan panas hati membacanya.

"Ok Farah, format rujukan tak betul ni, isi dah bagus tak dapat full marks ni". Kataku sambil mengangkat kening padanya. "Ala puan sikit ajer...tolonglah puan". Rengekan Farah. Biasalah itulah gaya pelajar-pelajar bangsa kita buat kerjanya tak sungguh-sungguh suka harap belas ehsan orang. " Farah, skema pemarkahan telah ada. Saya perlu ikut standard pemarkahan tersebut sebab saya perlu adil dalam menjalankan tugas saya. It's ok next time don't do it again. Lagipun sikit ajer kurang markah tu".Pujuk aku. Farah tersenyum tanda setuju. Lega hatiku. walaupun aku ni dikalangan pensyarah yang lembut tapi ketegasan dan prinsip tidak aku korbankan. Adil dan berpegang pada kebenaran adalah prinsip utama aku dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.Namun aku tetap menjaga hubungan baikku dengan pelajar-pelajarku. Bagiku dalam mendidik jika disulami dengan kasih sayang proses mendidik itu lebih mudah .

" Assalamualaikum....busy lagi ke? jom minum". Laung Izan yang cuba melawan kebisingan yang ada. " Ok Zan kejap. Give me 5 minutes". Balas ku. Perut dah berkeroncong nih.Tapi pelajar ada lagi kat depan meja ku. Bereskan urusan mereka kejap. " Tak apa puan, puan pi makan dulu, nanti petang kami datang. Kesian puan lapar dah pukul 10.00 pagi dah puan". Kata Farid yang dari tadi menunggu gilirannya. "Ok kalau u all nak datang semula petang ni kita jumpa di bilik saya pukul 2.30 petang yer. After solat". balasku. "Ok puan.Ila liqa'" kata pelajar-pelajar yang lain. "Maassalamah". Jawabku sambil tersenyum.

Aku bergegas mendapatkan Izan di keretanya. Tak sabar rasanya nak makan. Lapar giler. Badanku yang comel ni memang tak tahan dengan kelaparan.Namun aku bersyukur mengajar di Kolej Universiti Islam ini pelajar-pelajarnya agak terdidik. Walaupun mereka tidak terpilih dari kalangan yang excellent seperti pelajar universiti, namun mereka inilah permata-permata pudar yang akan kami gilap semula. Inilah tanggungjawab besar yang perlu kami pikul. Inilah juga harapan ibubapa mereka.

" Awat senyum ni?" Sapa Izan mengejutkan aku. " Teringat keletah pelajar-pelajar kita. Syukur dapat mengajar di sini. Akhlak mereka tak seteruk di kolej-kolej lain yang tak islamic tu".Kataku." Itulah, kadang bila nak pindah ke tempat lain berfikir sepuluh kali. Suasana tempat kerja yang begini susah nak dapat di tempat lain walaupun di universiti". tambah Izan." Yerlah tu, kereta ni bila nak bergerak ni. Cakap, cakap juga perut ni dah menyanyi dah ni". kataku mengingatkan Izan sambil menepuk bahunya. "Ops! cek lupa lak" kata Izan sambil ketawa. Itulah kemesraan dan kegembiraan kami. Walau letih dan sibuk bagaimanapun kami masih gembira. Izan walaupun telah lima tahun di Pahang tapi masih belum meninggalkan loghat utaranya. kadang kala terkeluar juga.




No comments:

Post a Comment